Make your own free website on Tripod.com
 

SEJARAH PENUBUHAN PONDOK BERANGAN

 

       

Sejarah Penubuhan

 

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak (Ayahanda YB Ustaz Hj Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas

 

Dengan tertubuhnya Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini

 

Setelah al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak meninggal dunia maka pengajian pondok ini diteruskan oleh anak murid tuanya iaitu Tuan Guru Hj Muhammad bin Hj Ali sehingga kini

 

Objektif Penubuhan

 

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  4. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
  5. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  6. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  7. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  8. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

 

Lokasi

 

Pondok Hj Yaakob Berangan terletak di Kg Berangan, Tumpat, Kelantan kira-kira 7 km dari Pusat Bandar Tumpat di atas sebidang tanah seluas 1 ekar lebih