KEMUDAHAN ASAS

 

       
   

Bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan kepada pelajar pondok, beberapa kemudahan telah diwujudkan.

 

MADRASAH

 

Sebuah Madrasah yang luas dan selesa yang menjadi tempat bersolat secara berjemaah dan juga sebagai tempat pengajian induk.

 

ASRAMA

Selain itu juga terdapat juga sebuah bangunan asrama empat tingkat yang hampir siap sebagai tempat penginapan kepada para pelajar.

 

DEWAN

Bangunan asrama ini juga terdapat sebuah dewan yang luas dan selesa yang dijadikan sebagai tempat mengadakan majlis-majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Dewan ini juga dijadikan sebagai kelas para pelajar tahfiz.

 

PONDOK PENGINAPAN

Selain daripada asrama tersebut, terdapat juga pondok-pondok yang dijadikan sebagai tempat penginapan para pelajar yang belajar di sini. Pondok-pondok yang dijadikan sebagai tempat penginapan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama ialah pondok-pondok pelajar dan pondok-pondok warga tua. Bekalan Air dan bekalan elektrik disalurkan ke setiap pondok warga tua manakala pondok pelajar pula disalurkan bekalan elektrik secara berkelompok. Pondok untuk penginapan pelajar disediakan dan pondok warga tua mestilah dibangunkan sendiri di atas tapak yang telah disediakan.

 

MAKTABAH

Untuk memastikan pondok beta hilir ini menjadi salah satu daripada gedung ilmu, maka sebuah maktabah telah disediakan untuk para pelajar membaca bacaan ilmiah. Bilik maktabah ini terletak dalam bahagian bangunan asrama Pondok Beta Hilir iaitu berhampiran dengan dewan.

 

KOPERASI

Sebuah koperasi juga disediakan di sini untuk memudahkan para pelajar mendapatkan barangan keperluan harian untuk memasak ataupun membasuh. Koperasi ini adalah dibawah selian Ustaz Nazri Sendiri dan dibantu oleh pelajar. Barangan yang dijual di sini merupakan barangan keperluan sahaja.

 

BILIK KECEMASAN

Kemudahan bilik kecemasan juga terdapat di pondok beta hilir untuk memastikan pelajar yang tidak sihat dirawat dan dikawal di bilik ini. Peralatan dan ubat-ubatan juga disediakan di bilik kecemasan ini.

 

STOR PERALATAN KEBERSIHAN

Stor ini merupakan tempat untuk menyimpan peralatan-peralatan kebersihan yang telah digunakan. Dengan adanya stor ini, peralatan yang telah digunakan akan lebih terjamin penjagaannya daripada rosak dan juga hilang.

 

BILIK TETAMU

Memandangkan ada diantara pelajar pondok ini daripada luar negeri Kelantan, Pondok Beta Hilir juga ada menyediakan bilik tetamu untuk dijadikan tempat rehat keluarga yang datang daripada luar daripada Kelantan