KUNJUNGAN AL-HABIB UMAR AL-HAFIZ

 

       
   

PROGRAM MERAIKAN KUNJUNGAN AL-HABIB UMAR AL-HAFIZ

KE NEGERI KELANTAN SERAMBI MEKKAH

 

 

Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz

 

Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh  Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya.

           

Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin  4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.       

 

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan  Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

 

1.                            Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka

2.                            Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak

3.                            Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

 

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula  graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.

 

Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia. Pada bulan Muharam 1429H bersamaan Januari 2008M sekali lagi beliau akan membuat lawatan dakwah ke Asia Tenggara. Atas lawatan tersebut rakyat Kelantan yang terkenal dengan orang yang mencintai ilmu-ilmu Islam tidak sepatutnya melepaskan peluang keemasan ini untuk menimba dan menceduk ilmu-ilmu yang bermanafaat daripada lautan ilmuan al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz.

 

Objektif Program Keraian

 

-          Mewujudkan hubungan erat antara Pusat-Pusat Pengajian Islam Kelantan dengan Dar al-Mustafa bagi meneruskan metod pengajian secara talaqi dalam rangka melahirkan ulamak muktabar seperti Tok Tuan Tabal, Tok Kenali dan lain-lain.

-          Mewujudkan rangkaian dakwah Islam sejagat dengan terikatnya hubungan silaturahim yang kukuh di antara ulamak-ulamak Kelantan dengan ulamak-ulamak Yaman.

-          Bertukar-tukar pandangan di kalangan ulamak dalam mengarusperdanakan dakwah Islam.

-          Menimba pengalaman dakwah secara global

-          Mendedahkan kepelbagaian manhaj pengajian Islam untuk menarik minat generasi muda menguasai ilmu-ilmu Islam.

-          Memperjelaskan kepentingan tarbiyah ruhiyah (khususnya kepada generasi muda) yang berkemampuan memperkukuhkan jati diri bagi menghadapi serangan globalisasi.

 

Agenda Program Keraian

 

Antara program yang wajar disusun untuk manafaat bersama seperti:-

-          Pembentangan Manhaj Pendidikan Dar al-Mustafa

-          Pembentangan metod dakwah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah

-          Pembentangan Manhaj Tarbiyah al-Ruhiyah

-          Sidang Pleno bersama ulamak-ulamak Kelantan

-          Wasaya dan taujihat kepada pelajar-pelajar diniyah Kelantan

-          Ceramah Perdana Hijrah ar-Rasul

-          Lawatan silaturahim Dato’ Menteri Besar serta Ahli Mesyuarat Negeri Kelantan

-          Pertemuan ahli keluarga dan kerabat al-Habib

 

 

 

Penganjur Program Keraian

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bersama Unit Halaqat Negeri Kelantan.

     

Tentatif Program Keraian

 

Hari Pertama:  3 Safar 1429H / 10 Februari 2008M

 

10.30 pm                     : Berangkat dari KLIA

 

10.45 pm                     : Ketibaan di Kota Bharu

 

11.30 pm                     : Berangkat ke penginapan Hotel Perdana

 

 

 

Hari Ke Dua:  4 Safar 1429H / 11 Februari 2008M

 

9.00 am                       : Berangkat ke Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan

 

9.30 am                        : Kunjung Hormat Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan

 

-          Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri

-          Penyampaian Cenderahati

-          Jamuan Ringan

 

10.30 am                     : Berangkat Ke YIK dan KIAS

 

11.00 am                     : Lawatan Ke Pejabat YIK dan KIAS

                                    - Majlis Ramah Mesra dan Perbincangan Manhaj Pengajian

                                    - Makan Tengahari

                                    - Solat Zohor

                                    - Pengurusan Keraian YIK dan KIAS

 

2.30 pm                       : Ziarah Makam Tok Kenali

                                    - Pengurusan Keraian Yayasan Pondok Berhad

 

3.30 pm                       : Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.

-          Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden

-          Jamuan Ringan

-          Solat Asar

-          Pengurusan Keraian Pondok Moden.

 

6.00pm                        : Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh

-          Rehat dan Layan Diri

-          Solat Maghrib

-          Majlis Zikir & Maulid

-          Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)

-          Makan Malam

-          Pengurusan Keraian Yayasan Pondok Berhad

 

11.30 pm                     : Berangkat Ke Penginapan

-          Rehat

-          Supper

 

 

Hari Ke Dua : 5 Safar 1429H / 12 Febuari 2008

 

9.30 am                       : Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang)

-          Sesi Penyampaian Ceramah : 

Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi”.

 

10.30 am                     : Minum Ringan

 

11.00 am                     : Sesi Dailog dan Soal Jawab

 

12.30 pm                     : Makan Tengahari

-          Solat Zohor

- Pengurusan Keraian JAHEIK

 

2.30 pm                       : Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar

-          Sesi Penyampaian Ceramah

Tajuk : “Madrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual, fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim”.

-          Sesi Soal Jawab

-          Jamuan Ringan

-          Pengurusan Keraian YIK

 

4.00 pm                       :     Berangkat Ke Rumah Saadah Ba Alawi Kelantan

 

4.30 pm                       :    Majlis Bersama Saadah Ba Alawi Kelantan

                                    -    Solat Asar

                                    -    Ijazah al-Asanid

                                    -    Jamuan Ringan

                                    -    Rehat dan Layan Diri

                                    -    Solat Maghrib, Qasidah dan Zikir

                                    -    Solat Isya’

                                    -    Pengurusan Keraian Saadah Ba Alawi Kelantan

 

9.00 pm                       :    Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu)

                                         Tajuk : Hijrah al-Rasul

                                    -    Makan Malam    

                                    -    Pengurusan Keraian Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

 

11.30                           -    Rehat

 

 

Hari Ke Tiga : 6 Safar 1429H / 13 Februari 2008M

 

8.00 am                       : Berangkat ke Terengganu

 

-          Sarapan

-          Rombongan Pengiring ke Terengganu

-     Pengurusan Keraian JAHEIK