Kulliyah Pondok Darulnaim

 

       

DEFINASI KULLIYAH

 

KULLIYAH PONDOK DARULNAIM adalah sebuah institusi pengajian  swasta yang telah diasaskan oleh Pusat Pumbangunan Pondok Berhad ( PPPB ). PPPB ini adalah sebuah badan yang telah diluluskan oleh kerajaan yang mana ianya telah didaftarkan di bawah akta syarikat pada 22 April 1995.

Perkataan Pondok  dalam bahasa melayu memberi pengertian “ Sistem pengajin khas yang berpegang kepada cara berhadapan dalam bulatan-bulatan yang tersusun “. Ia adalah satu sistem lama dalam pembelajaran ilmu dan pengajaran. Sistem ini mempunyai kesan yang ketara dalam mengeluarkan para alim ulama` dan mereka-mereka yang faham tentang ilmu Islam. Memandangkan kepada pentingnya sistem ini dan perlunya ia terus kekal, maka satu Ijtima` besar telah diadakan pada 1994 yang telah dihadiri oleh pelajar –pelajar Pondok seluruh Malaysia. Dalam Ijtima` tersebut, satu kata sepakat telah diperolehi dimana para perserta telah bersetuju untuk mewujudkan satu pusat pengajian bertaraf Kolej khusus untuk pelajar-pelajar Pondok bagi menjamin sistem ini terus kekal bersama peredaran masa agar ia dapat memberi hasilnya kepada umat ini secara berterusan. Maka dengan kurniaan Allah Subhanahuwata`ala, tertubuhlah Kulliyah Pondok Darulnaim.

Patut disebut disini bahawa Kulliyah bukan hanya berpegang kepada sistem pengajian pondok malah ia juga menggunakan sistem pengajian moden yang berbentuk syarahan dan perbincangan sebagaimana yang dilaksanakan di Kolej-kolej dan Universiti di seluruh dunia. Ini tidak syak lagi merupakan satu keistimewaan besar kepada Kulliyah kerana telah menggabungkan antara ca ra pengajian lama dan moden dalam pengajarannya.

 

 

 

OBJEKTIF

 

Kewujudan Kulliyah adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut :

1.                       Mewujudkan pusat pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar Pondok yang berteraskan sistem pembelajaran lama di Kelantan dan luar Kelantan.

2.                       Melahirkan pelajar-pelajar supaya mereka menjadi ulama` rabbani yang mampu menyebarkan agama ini dan mengajar orang lain.

3.                       Menjaga warisan Islam dan menyebarkannya kepada umat Islam.

4.                       Menjalin hubungan pelajaran dengan pusat-pusat pengajian lain di dalam dan luara Malaysia