Make your own free website on Tripod.com
 

Kulliyah Pondok Darulnaim

 

       
 

Di bawah Kelolaan :

PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD

 Alamat :

Kulliyah Pondok Darulnaim, Terusan Limbat,

16150 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.

Tel : 09 - 7641206 Faks : 09 - 77659099

 

 MUQADDIMAH

Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan telah banyak menaburkan bakti di dalam era kebangkitan Islam serta pembangunan Ummah. Kejayaan ini merupakan satu realiti yang telah terpahat di dalam sejarah umat Islam di rantau ini.

Arus pemodenan sedikit sebanyak telah meminggirkan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan yang ulung serta memiliki keistimewaan yang tersendiri. Fenomena ini telah membawa kepada kemalapan serta penutupan sebahagian besar daripada Pondok-pondok yang telah diasaskan akibat daripada sambutan masyarakat yang dingin terhadap institusi tersebut.

Keadaan ini menyebabkan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah Pondok yang masih bertahan ketandusan pusat lanjutan

Di atas kesedaran inilah, Kuliah Pondok Darulnaim ( KPD ) ditubuhkan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa. Kursus-kursus yang ditawarkan di kuliah ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang berorientasikan sistem pengajian pondok dan sistem pengajian semasa yang lain.

 

TUJUAN

 

Kuliah Pondok Darulnaim ditubuhkan bagi memenuhi beberapa tujuan dan matlamat yang menjadi hasrat umat Islam :

·     Memelihara syi’ar dan kedaulatan Islam, kemurnian ‘Aqidah, akhlak dan peradaban daripada kesan arus permodenan

·     Menyedarkan umat Islam daripada kelalaian menunaikan kewajipan mereka yang telah diperjuangkan oleh para ulama Pondok silam

·     Memelihara serta mengembangkan sistem pendidikan dan pengajian pondok bagi menghadapi cabaran semasa

·     Membuktikan keunggulan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif kepada masyarakat yang sedang dilanda krisis keruntuhan moral

OBJEKTIF

 

·     Melahirkan generasi ulama yang ikhlas, zahid, wara’’, beramal serta berkemampuan menyelesaikan permasalahan semasa dengan uslub Syar’iyyah

·     Membentuk kader-kader untuk mempertahankan Islam tanpa sebarang kepentingan melainkan keredaan Allah SWT

·     Menanamkan pelajar-pelajar pondok dengan ciri-ciri kepimpinan Islam serta semangat juang agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam menyebarkan risalah Islamiah serta mengembalikan zaman keemasan Islam

 

MISI

 Melahirkan para ulama yang berwibawa, berketrampilan serta mampu menongkah arus perubahan zaman yang serba canggih

 

VISI

 

Melatih para pelajar pondok agar mahir dalam pelbagai bidang sesuai dengan tuntutan serta perkembangan semasa

 

BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN

 

Kursus yang sedang ditawarkan adalah kursus Syariah Islamiyyah. Kursus Usuluddin dicadangkan pada tahun-tahun berikut.

 

TEMPOH PENGAJIAN

 

Tempoh pengajian bagi setiap kursus ialah 5 tahun, iaitu ;

·                       Pengajian Peringkat Taujihi (setahun)

·                       Pengajian Peringkat ‘Ali (4 tahun )

 

NIZHAM ( SISTEM ) PEMBELAJARAN

 

Pembelajaran dijalankan secara kombinasi di antara Nizham Talaqqi yang diamalkan di pondok dan Nizham Jami’i  yang diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi moden.

 

KURIKULUM

 

Maddah-maddah yang diajar bagi setiap kursus merangkumi :

·            Al ‘Ulum al Diniyyah

·            Al ‘Ulum al Lughawiyyah ( Arab, Inggeris & Melayu )

·            Al ‘Ulum al Hadithah ( Akademik )

 

TEKS KAJIAN

 

Teks kajian bagi setiap maddah terdiri daripada kitab-kitab mu’tabar dan kitab-kitab lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kurikulum KPD.

Para pelajar hendaklah memiliki teks-teks yang telah ditetapkan sepanjang mengikuti pengajian.

 

KO-KURIKULUM

 

Kegiatan ko-kurikulum yang dirancang untuk pelajar-pelajar KPD meliputi kegiatan-kegiatan ruhaniah, jismaniah dan ‘aqliayyah :

·                   Latihan khitabah

·                   Kursus kepimpinan

 

TENAGA PENGAJAR

 

Tenaga pengajar yang menjalankan tugas di Kuliah ini terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengikuti dua bentuk pendidikan iaitu Nizham Talaqqi dan Nizham Jami’i.

Sebahagian daripada tenaga pengajar menjalankan tugas secara sepenuh masa manakala sebahagian yang lain adalah secara sambilan.

 

KAKITANGAN PENTADBIRAN

Pentadbiran KPD diketuaI oleh seorang ‘Ameed serta disokong oleh beberapa orang kakitangan yang terdiri daripada :

·                   Pendaftar

·                   Pembantu Tadbir

·                   Pembantu A

·                   Jaga

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

Pelajar-pelajar yang memohon mengikuti kursus di Kuliah ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

·        Lelaki yang tidak melebihi 30 tahun

·        Telah mengikuti pengajian di mana-mana pondok yang diiktiraf tidak kurang daripada 7 tahun atau lulusan STA dan STU dari sekolah menengah agama

·        Lulus ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran KPD

·        Bersedia mengikuti pengajian secara sepenuh masa

·        Bersedia mematuhi peraturan dan undang yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran KPD

 

Setiap permohonan mestilah disertakan :

·        Pengesahan pertulis daripada daripada penguasa/tuan guru pondok terdahulu

·        Surat sokongan daripada mana-mana tokoh gerakan Islam

·        Sijil Husnu Siyar al Suluk

 

UJIAN KELAYAKAN

 

Ujian Kelayakan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak pada setiap kali pengambilan pelajar pada setiap sesi pengajian. Ujian ini dijalankan secara lisan dan bertulis.

Tajuk yang disoal melalui ujian ini meliputi :

            A ) Bertulis :

·                       Al Qawa’id    - Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab

·                       Feqah           - kitab muktabar mazhab Syafie

 

            B ) Lisan :

·        Al Quran    - Bacaan dan hafalan daripada juzu’ 30

·        Al Qawa’id - Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab

 

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Kemudahan infrastruktur yang telah disiapkan terdiri daripada :

·                   Pejabat Pentadbiran

·                   Bilik Kuliah

·                   Maktabah

·                   Asrama

·                   Dewan Makan

·                   Bilik Guru

Di antara kemudahan infrastruktur yang sedang berada di peringkat perancangan ialah :

·                   Masjid

·                   Dewan Kuliah ( 3 tingkat )

·                   Bilik Rawatan

 

YURAN PENGAJIAN

 

Yuran pengajian yang dikenakan ialah :

A ) Yuran Pendaftaran : RM 100.00

B ) Yuran Kursus : RM 200.00 / fasal

C ) Yuran Penginapan dan MakananRM50.00/ bulan

 

PAKAIAN RASMI

Pakaian rasmi bagi setiap pelajar KPD ketika mengikuti kuliah ialah jubah putih manakala pada waktu-waktu lain pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai

 

SESI  PENGAJIAN

Sesi pengajian dimulakan pada bulan Muharram setiap tahun hijrah.

Permohonan kemasukan dibuka pada setiap bulan Ramadhan