Kenali Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( PPPB )

        

 
 

 

 

 

 


 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

MUQADDIMAH

 

Pusat pembangunan pondok (PPPB) ialah satu Persatuan Kebajikan Pusat Pengajian Pondok yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat Malaysia.                       

PPPB didaftarkan pada 22 April 1995 dan nombor Pendaftaran ialah H-341450. Ia merupakan Syarikat yang tidak mempunyai saham (Limited by Guarantee)

Keahlian PPPB terdiri dari Tuan guru pondok, Pengajar pondok dan juga individu berminat untuk memajukan Institusi Pengajian Pondok.

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengiktiraf PPPB sebagai mewakili kepada Pondok-pondok Kelantan.

Setakat ini beberapa buah pondok telah bernaung dibawah PPPB dan telah menikmati banyak faedah yang disalurkan oleh PPPB.

Adalah diharapkan PPPB akan dapat mencapai matlamatnya untuk menjaga dan memajukan Pusat Pengajian Pondok selari dengan perkembangan  zaman.

 

 

PROFIL PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD ( PPPB )

Nama    :   Pusat Pembangunan Pondok berhad

No Roc  :   H-341450

Alamat  :   929 Wisma Pondok Pasir Tumboh,

                   16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon  :   09-7659088    Fax  :  09-7659099

E mail    :   pppb1995@yahoo.com

 

Pemegang Amanah

3 orang Ajk Wajib   (Pengasas PPPB )

3 orang wakil Pondok ( giliran)

3 orang wakil Pentadbiran PPPB (dipilih)

3 orang wakil Profesional (dipilih)

 

Keahlian PPPB

1-Tuan Guru Pondok dan Pengajar

2-Individu Berminat untuk memajukan Pondok

 

Pondok yang bernaung

Sehingga tahun 2006 sebanyak 13 buah pondok telah bernaung dibawah PPPB.

Syarat pondok yang bernaung

1-  Tuan guru mengajar sepenuh masa

2-  Kurikulum menggunakan kitab pondok

3-  Minima mempunyai Pelajar 20 orang

4-  Persetujuan oleh Ajk Pemegang Amanah.

 

 

MISI

1- Menjaga warisan Institusi Pengajian Pondok agar dapat menjadi Pusat Pengajian Islam terulung yang diterima oleh masyarakat.

2- Menjaga kebajikan Penghuni-penghuni pondok yang terdiri dari Tuan guru, pengajar, pelajar dll.

3- Membaik pulih dan membangunkan prasarana Intitusi Pengajian pondok.

4- Menonjolkan Produk Pondok untuk dakwah kepada masyarakat

5- Menjadi Badan dakwah dll

 

VISI

1- Memberi bantuan kewangan kepada pondok- pondok yang bernaung dengan PPPB

2- Menubuhkan Kolej Tinggi Pondok

3- Menubuhkan Jabhah Pondok (Majlis Mesyuarat Pondok-pondok )

4- Menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela dll.

5- Mengadakan Program dakwah- seminar- penerbitan - forum- Pakej pengajian –dll.

6-  Lain-lain yang perlu mengikut keperluan