Madrasah Tarbiah Atfal

Pondok Talak, Cabang Empat Talak, 16210 Tumpat

Tel. 09-7182698

 

 

SEJARAH

 

Pondok Talak telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Kampung Talak, Jajahan Tumpat. Pengasas Pondok Talak ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Isa bin Wahab. Beliau merupakan salah seorang bekas pendakwah dan pensyarah agama terkenal di Kelantan. Pondok talak adalah di antara pondok yang telah bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan

 

KEMUDAHAN ASAS

 

Satu masjid yang dapat menampung seramai 250 jemaah. Ia merupakan tempat pangajian pondok tersebut.

 

Satu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 50 orang pelajar. Dua tempat mandi, tempat memasak dan tandas untuk pelajar.

 

PENGAJIAN

 

Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur'an, Al-Hadis dan lain-lain.

 

Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab

 

MATLAMAT

 

  1. Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
  2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
  3. Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
  4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup

 

AHLI JAWATANKUASA PONDOK TALAK

 

Pengerusi                     : Pak Tih Khalid Bin Awang                  (Mertua Hj Isa)

Tim. Pengerusi  : Ustaz Zakaria Bin Wahab                   (Adik Hj Isa)

Setiausaha       : Ustaz Azhar Bin Muhammad             (Pemangku Mudir)

Setiausaha Kerja          : Ustaz Suhaidi Mohd Yasin                  (Pengajar)

Bendahari                    : Ustazah Mariam Bt. Khalid                (Balu Hj Isa)

Ahli J/Kuasa           : Encik Mazlan Bin Ghani               (Penghulu Kg Talak     )

                            : Imam Abd. Rahman Awang                    (Imam Masjid Talak)

                            : Encik Ibrahim Saad                       (Bilal Masjid Talak)

                            :  Tiga orang            wakil Pusat Pembangunan Pondok Bhd.

                            :  Lapan Orang        wakil penduduk Kampong Talak

                            :  Dua orang             wakil pengajar

                            :  Saorang                wakil pelajar  

                        

RAYUAN TABUNG PEMBANGUNAN PONDOK TALAK

 

Pihak Ahli Jawatan Pondok mengharapkan  kepada penderma-penderma agar dapat sama-sama membantu  untuk membangunkan kemajuan Pondok Talak . Semoga cita-cita Almarhum Tuan Guru Hj Isa B Wahab untuk membangunkan Pusat pengajian Pondok dikampong Talak dapat diteruskan selamanya.