Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah Meninggal Dunia

 

       

PASIR MAS, 19 Mac (Hrkh) Ulama tersohor di Kelantan dan Nusantara, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Beliau merupakan antara dua ulama terkenal di negara ini yang mempertahankan institusi pondok tradisional. Seorang lagi Tuan Guru Hashim Abu Bakar, 88 mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Beliau juga kini sedang keuzuran.

Tuan Guru Abdullah terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berusia awal 80-an mewarisi Pondok Lubuk Tapah daripada ayahnya Tuan Guru Abdul Rahman.

Pondok tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumbuh.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pondok tersebut di tepi pusara ayahnya selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu kerana menghidapi mini strok, jantung dan konflikasi buah pinggang.

Tok Guru dirawat selama sebulan di hospital tersebut,