SEJARAH PONDOK BETA HILIR

 

       
   

SEJARAH PENUBUHAN PONDOK BETA HILIR

 

Sistem pengajian pondok merupakan sistem pengajian lama yang kian terhakis. Namun kesedaran untuk mempertahankan sistem ini perlu kepada pengembelingan tenaga daripada semua pihak. Begitulah yang berlaku kepada Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir.

 

Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir diasaskan oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Mohamed Bin Haji Mat Diah pada tahun 1966. Oleh kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditutup buat sementara pada tahun 1972. Kemudian pada tahun 1980 Al Marhum Tuan Guru sekali lagi bertungkus lumus menghidupkan kembali pengajian pondok di madrasah ini dan Alhamdulillah ianya berkekalan sampai sekarang dan InsyaAllah hingga selama-lamanya. Kini pondok ini adalah termauk dalam Pondok Ahli iaitu yang telah didaftarkan dengan Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan dan Pusat Pembangunan Pondok Berhad. 

Pondok ini dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf dan milik persendirian yang luasnya kira-kira 3 ekar

Setelah Al Marhum Tuan Guru pengasas pondok ini meninggal dunia pada 14 .4.2000 maka sekarang ini pengajian pondok di Madrasah Muhammadiah diteruskan lagi oleh tiga orang anaknya yang telah ditarbiah sejak kecil lagi sebagai pelapis bagi meneruskan pengajian pondok di madrasah ini. Mereka adalah Ustaz Haji Mohd Jalaluddin Assayuti Bin Haji Mohamed sebagai Mudir dengan dibantu oleh Ustaz Haji Nazri Bin Haji Mohamed sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar I dan Ustaz Haji Mohd Nawawi Bin Haji Mohamed sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar II.

Buat masa ini, terdapat lebih kurang 50 orang murid yang mengikuti pengajian sepenuh masa dan 30 orang tua yang mendiami pondok kelamin.

 

Horizontal Scroll: MATLAMAT
 

 
 

v     Mentarbiah dan membentuk manusia agar menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.

v     Melahirkan pewaris kepimpinan ulamak dan intelektual Islam yang haraki.

v     Membentuk pelajar yang bersyakhsiah dan berdaya kepimpinanan Islam.

v     Memberikan ilmu dan latihan kepada pelajar untuk persediaan mereka dalam menghadapi situasi yang tidak dapat dijangka yanag juga dapat digunakan untuk manfaat orang lain dan masyarakat sekitar.

 

Horizontal Scroll: VISI
 

 

v     Menjana generasi Islam kearah menjadi nsane yang betul-betul bertaqwa kepada Allah berpandukan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

Horizontal Scroll: MISI
 

 

 

v     Pengajian ilmu yang manfaat melahirkan hamba Allah kearah memartabatkan perjuangan dan cita-cita ulung Islam.