SISTEM PENGAJIAN PONDOK BETA HILIR

 

       
   

Horizontal Scroll: KURIKULUM
 

 

 


 

Sistem pengajian pondok ini adalah sepenuhnya menggunakan kitab-kitab lama yang dikarang oleh ulamak yang muktabar yang meliputi pelbagai bidang ilmu agama yang terdiri daripada Ilmu Usuluddin, Feqah, Tasauf, Tafsir Al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab.

 

KELAS PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

 

Pondok Beta Hilir menawarkan kepada para  pelajar  3 kelas pengajian, iaitu :

  1. Kelas Pengajian Kitab
  2. Kelas Hafazan Al-Quran
  3. Kelas Fardhu Ain

( Jadual Pengajian, sila lihat lampiran )

 

KELAS PENGAJIAN KITAB

 

Madrasah Muhammadiah Pondok beta hilir menawarkan kepada pelajar peringkat-peringkat atau tahap-tahap pengajian kitab yang telah dikarang oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Di antara kitab-kitab yang diajar pada tahap yang ditawarkan itu, seperti berikut :

           

Tahap satu : Risalah tauhid, Matan Ummu Barahim, Miyatul Musolli, Sulam Mubtadi, taqribul Ikhwan, Penawar Hati, Pelita Penuntut, Tafsir Al-Quranun Hakim, Daqaiqul Akhbar, Matan Al-Jurumiah, Matan Al-Bina, dan lain-lain yang setaraf dengannya. 

 

Tahap Dua : Bakuratul Amani, Jauharatul tauhid, Kifayatul Awam, Matlain Badrain, Sittin, Fathul Qarib, Hidayatul Salikin, Tafsir Jalalain, Jam’ul Fawaid, Jauharatul Mauhub, Majalisu Siniyah, Riadhul Salihin, Asyamawi, Sheikh Khalid, Mutammimah, Al kailani, dan lain-lain yang setarafnya.

 

Tahap Tiga : Ad Dasuki, Abdul Salam, Aqidatul Najin, Fathul Muin, Tahair, Fathul Wahab, Iqnak, Minhajul Abidin, Hikam, Sari Salikin, Tafsir Nasafi, azkar Nawawi, Duratul Nasihin, Al Bukhari, Tashil, Ibn Aqil, Lamiatul Afa’al, Sowi dan lain-lain yang setaraf dengannya. 

 

 

KELAS HAFAZAN AL-QURAN

 

Selain daripada kelas pengajian kitab, pondok beta hilir juga menawarkan kepada para pelajar kelas hafazan al-quran.

Kelas hafazan al-quran ini terbuka kepada mana-mana pelajar yang mempunyai minat untuk menghafal al-quran, sama ada secara menyeluruh ataupun tidak.

 

KELAS FARDHU AIN

 

Kelas fardhu ain ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar yang belum mahir menulis jawi dan membaca.

Selain itu juga pelajar-pelajar juga turut diajar mengenai perkara fardhu ain yang asas, sebelum pelajar tersebut belajar dalam kelas pengajian kitab secara langsung.

 

Horizontal Scroll: KO-KURIKULUM
 
 

 

 

Pondok Beta Hilir bukan sahaja mementingkan pelajaran daripada kitab-kitab yang telah dipelajari, tetapi pelajar-pelajar juga diberi latihan secara praktikal. Di antaranya ialah latihan membaca khutbah, mengajar, berpidato, ceramah dan sebagainya.

Selain itu juga, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan program kepimpinan melalui aktiviti persatuan dan secara tidak langsung dilantik menganggotai sof-sof pimpinan dalam persatuan.

Disamping itu, pelajar-pelajar juga didedahkan program-program yang berbentuk kepimpinan dan dakwah. Diantaranya seperti mengadakan usrah pada setiap minggu.