Menganjurkan
program Pengajian Berkembar yang menempatkan sejumlah pelajar yang memenuhi
kriteria yang ditetapkan terutama daripada SMU Padang Siam, Tanah Merah di
asrama Pondok Darul Ilmi bagi mengikuti pengajian pondok dan dalam masa yang
sama mengikuti pengajian biasa di sekolah mereka
Menggiatkan
usaha ke arah memantapkan ekonomi pondok agar dapat menguruskan segala
kegiatan yang dirancang dengan lancar dan berkesan
Merangka
program pendidikan dan kebajikan yang berterusan dari masa ke semasa
Mengadakan
program umum kepada masyarakat luar terutama pelajar sekolah setiap kali
musim cuti sekolah selama 2 – 3 minggu
Menyusun
dan mengatur serta memastikan persekitaran pondok yang kondusif ke arah
menarik perhatian semua pihak sebagai menepati kehendak kerajaan negeri yang
menyarankan agar pondok dapat menjadi salah suatu daripada produk
pelancongan