Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah
Pondok Tunjung
Madrasah
Al-Fununiah Al-Tunjuniah juga dikenali sebagai Pondok Tunjung adalah sebuah Yayasan pengajian dan
pusat pendidikan Islam. Ia telah diasaskan atas dasar iman dan takwa dan diberi
penekanan bagi melahirkan individu-individu muslim yang berilmu pengetahuan .
Pondok Tunjung ini telah diasaskan oleh Al-Marhum
Tuan Guru Haji Ghazali bin Abdullah. Ia dibina pada tahun 1974 dan terletak di Kampung
Tunjung. Jaraknya adalah lebih
kurang 7 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan merupakan sebuah pondok yang
paling hampir dengan Bandar.
PENTADBIRAN SEKARANG
Setelah Al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali bin Abdullah meninggal
dunia, pentadbiran Madrasah (Pondok Tunjung) ini diambil alih oleh Ahli
Jawatankuasa Madrasah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Abdul Ghani bin Ismail
(menantu Tuan Guru) dengan dibantu oleh lain-lain Ustaz dan Ustazah .
TUJUAN
dan
mempertahankan nilai-nilai agama dengan cara-cara yang
dibenarkan oleh
syara’ dengan menjalankan usaha-usaha nasihat yang baik dan hikmah yang
mendalam .
·
Menyedarkan umat Islam daripada kelalaian menunaikan kewajipan
mereka yang telah diperjuangkan oleh para ulama’ pondok silam .
Melahirkan
generasi ulama yang ikhlas, zahid, wara’ beramal serta berkemampuan
menyelesaikan permasalahan semasa dengan uslub Syar’iyyah .
Madrasah ini mengabungkan
antara dua sistem pendidikan Islam di Negara ini, iaitu pengajian halqah
(kumpulan) dan pengajian moden (sekolah) .
Bagi pengajian
halqah (kumpulan), para pelajar didedahkan dengan kitab-kitab Ulama’ silam yang
mu’tabar dalam bahasa Arab dan Melayu (Jawi) lama . Para pelajar mempelajarinya
dengan cara menadah kitab-kitab tersebut di hadapan guru di masjid dan bilik kuliah
masing-masing . Kitab-kitab tersebut diajar serta diulas secara terperinci dari
kulit ke kulit dan diadakan setiap kali selepas sembahyang lima waktu .
Pengajian
moden (sekolah) peringkat I’btidaie juga diajar perkara-perkara asas sesuai
dengan kemajuan zaman dewasa ini .
Maddah-maddah
yang diajar bagi setiap pengajian merangkumi ; Fiqah,Tafsir, Nahu ( tata
bahasa arab ), saraff ( ilmu kunci bahasa arab ), Tauhid, Al-Quran, Hadith, Tasawuf, Usul Fiqah, Balaghah
(Sastera Arab ), Masthalah Hadith, dan Sejarah Islam .
·
Bilik kuliah ( kelas ) .
·
Bilik komputer .
·
Bilik tenaga pengajar ( guru ) .
·
Bilik Perpustakaan.
·
Masjid .
·
Asrama ( pondok-pondok
) .
Pakaian seragam / rasmi bagi setiap pelajar ketika mengikuti
pengajian dan waktu sembahyang ialah jubah serta serban berwarna putih .
· Sijil daripada pihak
madrasah .
· Peruntukan biasiswa bagi
yang berkelayakan .
· Peluang melanjutkan
pelajaran ke luar negara .
SUMBANGAN DAN BANTUAN
Memandangkan MADRASAH FUNUNIAH TUNJUNIAH ( MFT )
atau pondok tunjung salah sebuah Intitusi pengajian yang ditadbir oleh rakyat,
dan sebahagian sumber kewangan adalah bergantung kepada orang ramai. Oleh yang
demikian mana-mana syarikat, badan berkanun, swasta, pertubuhan atau individu
tertentu yang ingin meyumbang sumbangan ikhlas kepada kemajuan Madrasah
Al-Fununiah Al-Tunjuniah, bolehlah
dibuat atas nama MADRASAH AL-FUNUNIAH
AL-TUNJUNIAH No. Akaun 03010002479711 ( BMMB KOTA
BHARU ) .